NOR AMALIA IZZATI BINTI ABDULLAH (D20201093236)
5.0 RUMUSAN
Secara rumusannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran amat penting dalam sesebuah pendidikan. Setiap pendidikan di sesebuah sekolah wajar melaksanakan strategi pengurusan bilik pembelajaran yang berkesan. Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga memberi erti kebijaksanaan dalammenguruskan sesuatu perkara. Oleh sebab itu, wujudnya faktor-faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran. Antara faktor yang mempengaruhistrategi mengurus bilik pembelajaran termasuklah, faktor unsur fizikal bilik darjah, faktor interaksi dan faktor iklim. Secara jelasnya, ketiga-tiga faktorini saling berkait rapat di antara satu sama lain dalam memastikan prosespembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di dalam bilikpembelajaran. Tambahan lagi, apabila proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksankan dengan berkesan, maka sesebuah bilik pembelajaran itu dapat mencapai matlamat dan objektif strategi pengurusan bilik pembelajaran tersebut. Menurut Glenn (2001) lagi, beliau menegaskan bahawa persekitaran bilik darjahyang ceria dan gembira akan mendorong ke arah pembelajaran yang lebih memberangsangkan. Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran amat penting dan semua pihak sekolah, guru dan murid-muridboleh bekerjasama untuk merangka strategi pengurusan bilik pembelajaran ini.Sesungguhnya, faktor-faktor ini mesti diaplikasikan dalam sesebuah bilik pembelajaran supaya dapat mewujudkan pengurusan bilik pembelajaran di mana proses pengajaran dan pembelajarannya dapat dilaksanakan dengan berkesan.
NOTA TAMBAHAN :
Unit 1 : Sosiologi dan Pendidikan
ASAS TEORI SOSIOLOGI
1. Sosiologi
-Teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian.
2. Masyarakat
-Kelompok terbesar dimana berbeza mengikut peredaran zaman.
-Sentiasa berkembang mengikut masa.
3. Komuniti
-Masyarakat di sesebuah kawasan.
4. Kumpulan
5. Individu
PENDIDIKAN
Pendidikan ialah satu proses transmisi/ pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai yang disampaikan secara formal atau tidak formal.
1. Pendidikan tidak formal
-Apa yang dipelajari secara tidak langsung
2. Pendidikan Formal
-Pendidikan secara langsung. Contoh, pendidikan yang berlaku di sekolah.
BAGAIMANA GURU DIBENTUK ?
-Guru dibentuk melalui 3 teori,
1. Teori Fungsionalisme
2. Teori Konflik
3. Teori Interaksionisme
Unit 5 : Strategi mengurus bilik pembelajaran
1. Kegunaan bilik pembelajaran
i. Tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya seorang guru.
iii. Menjamin matlamat dan objektif pengajaran berjaya dicapai.
iv. Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.
v. Merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem.
2. Manfaat bilik pembelajaran
i. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur.
ii. Menjimatkan masa guru dan pelajar.
iii. Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.
iv. Membantu mengawal disiplin di dalam bilik darjah.
v. Menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.
Comments
Post a Comment