Posts

SLIDE PEMBENTANGAN KUMPULAN 3

Image
 

MUHAMMAD YUSRI BINTI MUDA (D20201095203)

Image
  1.O PENGENALAN Bilik pembelajaran adalah tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, dan ianya adalah tempat terpenting di sekolah. Ia juga merupakan medan perang utama untuk kerjaya seseorang guru. Biasanya, bilik darjah adalah bilik di sekolah di mana sekumpulan pelajar menghadiri kelas atau belajar subjek pelajaran yang diajar oleh seseorang guru. Untuk memahami konsep ini dengan lebih lanjut, bilik darjah bukan sahaja ruang untuk proses pengajaran, tetapi juga untuk proses pembelajaran antara pelajar dengan pelajar dan guru yang sama- sama berinteraksi antara satu sama lain.        Pengurusan bilik darjah menurut Mok Soong Sang (2011), merujuk kepada satu proses pembentukan satu alam pembelajaran yang kondusif untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta usaha-usaha untuk mengekalkannya . Suasana pembelajaran yang kondusif sangat penting agar objektif PdP dapat dicapai dan murid berasa selesa dan bermotivasi untuk belajar. Menurut Bosch (2006) pul

SITI NURAQILAH MAHERAN BINTI RUSLEE (D20201093320)

Image
  2.0 FAKTOR UNSUR FIZIKAL BILIK DARJAH Unsur fizikal dalam bilik darjah memainkan peranan penting dari segi susunan peralatan dan kemudahan yang disediakan di dalam bilik pembelajaran. Hal ini kerana dapat memberi kesan kepada proses pembelajaran. Oleh itu, setiap guru perlulah bersikap cakna agar dapat memastikan kemudahan seperti kerusi, meja, buku rujukan, bakul sampah, papan tulis dan sebagainya agar sentiasa berada dalam keadaan baik. “Pengurusan kandungan merupakan tindakan yang diambil oleh guru apabila menguruskan ruang, bahan, peralatan, pergerakan pelajar, dan pengajaran dalam bilik darjah.” (Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman, 2019, ms. 23). Penyusunan bilik darjah juga sangatlah penting kerana akan dapat mempengaruhi situasi pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana penyusunan bilik darjah akan dapat menjadi penghalang atau menggalakkan sesuatu pembelajaran. Oleh itu, susunan meja guru biasanya akan diletakkan di bahagian hadapan kelas supaya m

NOR ATIKAH BINTI SHAIMIN (D20201093232)

Image
                                            3.0 INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH Interaksi dalam bilik darjah atau bilik pembelajaran merupakan antara faktor yang mempengaruhi strategi pengurusan bilik pembelajaran. Interaksi merupakan proses komunikasi yang melibatkan dua pihak atau selebihnya iaitu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan. Interaksi ini berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik pembelajaran. Oleh itu, terdapat empat jenis interaksi yang digunakan iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala, interaksi pelbagai hala dan interaksi berkomputer.              Interaksi sehala merupakan interaksi yang memerlukan seseorang individu menyampaikan maklumat tanpa perlu menerima maklum balas daripada individu lain. Interaksi ini hanya berfokuskan kepada guru sahaja. Oleh itu, guru akan mengawal segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik pembelajaran tersebut. Interaksi ini berlaku ketika guru sedang memberikan pen