SITI NURAQILAH MAHERAN BINTI RUSLEE (D20201093320)

 


2.0 FAKTOR UNSUR FIZIKAL BILIK DARJAH

Unsur fizikal dalam bilik darjah memainkan peranan penting dari segi susunan peralatan dan kemudahan yang disediakan di dalam bilik pembelajaran. Hal ini kerana dapat memberi kesan kepada proses pembelajaran. Oleh itu, setiap guru perlulah bersikap cakna agar dapat memastikan kemudahan seperti kerusi, meja, buku rujukan, bakul sampah, papan tulis dan sebagainya agar sentiasa berada dalam keadaan baik. “Pengurusan kandungan merupakan tindakan yang diambil oleh guru apabila menguruskan ruang, bahan, peralatan, pergerakan pelajar, dan pengajaran dalam bilik darjah.” (Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman, 2019, ms. 23).

Penyusunan bilik darjah juga sangatlah penting kerana akan dapat mempengaruhi situasi pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana penyusunan bilik darjah akan dapat menjadi penghalang atau menggalakkan sesuatu pembelajaran. Oleh itu, susunan meja guru biasanya akan diletakkan di bahagian hadapan kelas supaya memudahkan proses pembelajaran dan kedudukan pelajar di dalam kelas juga tidak boleh membelakangkan papan hitam. Hal ini supaya pelajar berada di dalam keadaan yang selesa dan tidak menganggu perhatian mereka untuk berpusing ketika guru sedang memberikan penerangan.

Di dalam sebuah bilik darjah juga, guru perlu membuat beberapa peraturan agar proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar. Sebagai contohnya, dengan mewujudkan rutin bilik darjah iaitu pengurusan harian bilik darjah. Hal ini dilakukan dengan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan sistematik. Antara kegiatan rutin bilik darjah adalah seperti membuat pemeriksaan keadaan fizikal bilik darjah, menyediakan bahan pelajaran, mengurus kebersihan bilik darjah, menetapkan waktu yang sesuai untuk melakukan rutin, serta merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem. Dengan wujudnya rutin bilik darjah akan menjimatkan masa dan tenaga guru dengan pelajar. Seterusnya, dapat menyemai nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bertanggungjwab dan bekerjasama. “Oleh yang demikian, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu dalam bilik darjah, tetapi berperanan mendidik dan membimbing pelajar yang secara menyeluruh dan bersepadu” (Che Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shaharim & Asmayati Yahya, 2016, ms. 116).


Nota Sepanjang Kuliah

1. Perspektif Teori Sosiologi Pendidikan.

Sosiologi : Teori yang lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian.

1) 3 Teori utama sosiologi

 i. Teori Fungsionalisme

a. Mengkaji perwatakan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.

b. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri.

c. Melihat masyarakat dalam makro.

 

ii. Teori konflik

a. Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat.

b. Berlaku konflik dalam struktur masyarakat dan mengkritik kapitalisme.

c. Melihat masyarakat dalam makro.

 

iii. Teori Interakionisme Simbolik

a. Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.

b. Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.

c. Melihat masyarakat dalam mikro.


2. Tokoh dalam bidang sosiologi.

i. Ibnu Khaldun (1332-1406)

a. Mengkaji perubahan dan fenomena sosial.

b. Mengkaji perkaitan antara institusi sosial.

c. Membezakan antara masyarakat primitive dan moden.

d. Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah.

e. Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirical.

 

ii. Auguste Comte (1798-1857)

a. Mengasas ilmu sosiologi barat.

b. Memperkenalkan hierarki sains dengan sosiologi iaitu kedudukan teratas (Ratu)

c. Penyelidikan dilakukan secara saintifik dan sistematik.

d. Perkembangan atau perubahan masyarakat berlaku secara revolusi.

e. Menekankan perkembangan pembahagaian tugas dalam masyarakat moden.

 

iii. Karl Marx (1818-1883)

a. Menganalisis hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah sosioal.

b. Perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi.

c. Mengkritik kapitalisme.

d. Merupakan pengasas teori konflik.

 

iv. Emile Durkheim (1858-1917)

a. Mengkaji manusia seperti benda (fungsionalisme).

b. Perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat.

c. Anomie menyebabakan masyarakat moden memerlukan moral.

 

v. Max Weber (1864-1920)

a. Stratifikasi disebabakan oleh multidimensi berasaskan ekonomi, status dan kuasa.

b. Agama penting sebagai agen perubahan.

c. Perubahan sosial adalah akibat daripada idea dan nilai.

 

vi. George Herbert Mead (1863-1931)

a. Konsep simbol dan bahasa.

b. Interaksionisme simbolik iaitu simbol yang mempunyai makna.


3. Kepimpinan Peringkat Sekolah

Gaya kepimpinan terbahagi kepada 4 iaitu :

i. Autokratik

a. Autokratik merupakan hubungan sehala.

b. Pengetua memberi arahan dan guru menurut arahan tanpa disoal.

c. Gaya kepimpinan autokratik menjalankan kawalan yang ketata dan kurang mempercayai orang lain.

d. Tidak menggalakkkan percambahan minda.


ii. Demokratik

a. Gaya kepimpinan dua hala iaitu lebih liber berbanding autokratik.

b. Pengetua akan berbincang, menerima dan memberi pandangan.

c. Keputusan akhir berdasarkan persetujuan majoriti.

d. Pandangan guru diambil perhatian pihak pengurursan sekolah.

e. Menggalakkan percambahan minda.


iii. Laissez Faire

a. Gaya kepimpinan dari orang bawahan.

b. Memberi kebebasan,kurang unsur kawalan dan kurang memberi pandangan.

c. Kurang mengambil bahagian dalam perlaksanaan aktiviti.

d. Pengetua berperanan sebagai pemerhati senyap.

e. Namun, pandangan guru diterima.


iv. Kepimpinan Kontingensi

a. Berpendapat bahawa tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah.

b. Kepimpinan mengikut situasi.


4. Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin

Disiplin merupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di seklah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.

i. Salah laku murid

a. Ponteng

b. Buli

c. Kekemasan diri

d. Menghisap rokok

e. Mencuri


ii. Hukuman dan tindakan

a. Buang sekolah

b. Gantung persekolahan

c. Rotan

d. Penahanan dalam kelas

e. Denda wang (perlu diambil kira kemampuan murid)

f. Nasihat atau amaran keras

Comments

Popular posts from this blog

ENAWATIE RASTOM @ KING KONG (D20201093408)

MUHAMMAD YUSRI BINTI MUDA (D20201095203)