2.0 FAKTOR UNSUR FIZIKAL BILIK DARJAH Unsur fizikal dalam bilik darjah memainkan peranan penting dari segi susunan peralatan dan kemudahan yang disediakan di dalam bilik pembelajaran. Hal ini kerana dapat memberi kesan kepada proses pembelajaran. Oleh itu, setiap guru perlulah bersikap cakna agar dapat memastikan kemudahan seperti kerusi, meja, buku rujukan, bakul sampah, papan tulis dan sebagainya agar sentiasa berada dalam keadaan baik. “Pengurusan kandungan merupakan tindakan yang diambil oleh guru apabila menguruskan ruang, bahan, peralatan, pergerakan pelajar, dan pengajaran dalam bilik darjah.” (Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman, 2019, ms. 23). Penyusunan bilik darjah juga sangatlah penting kerana akan dapat mempengaruhi situasi pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana penyusunan bilik darjah akan dapat menjadi penghalang atau menggalakkan sesuatu pembelajaran. Oleh itu, susunan meja guru biasanya akan diletakkan di bahagian hadapan kelas supaya m