NOR ATIKAH BINTI SHAIMIN (D20201093232)

                                           


3.0 INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

Interaksi dalam bilik darjah atau bilik pembelajaran merupakan antara faktor yang mempengaruhi strategi pengurusan bilik pembelajaran. Interaksi merupakan proses komunikasi yang melibatkan dua pihak atau selebihnya iaitu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan. Interaksi ini berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik pembelajaran. Oleh itu, terdapat empat jenis interaksi yang digunakan iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala, interaksi pelbagai hala dan interaksi berkomputer.

            Interaksi sehala merupakan interaksi yang memerlukan seseorang individu menyampaikan maklumat tanpa perlu menerima maklum balas daripada individu lain. Interaksi ini hanya berfokuskan kepada guru sahaja. Oleh itu, guru akan mengawal segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik pembelajaran tersebut. Interaksi ini berlaku ketika guru sedang memberikan penerangan tentang sesuatu topik yang dipelajari. Hal ini supaya pelajar dapat mempelajari ilmu yang diajar tersebut terlebih dahulu sebelum terdapat perkara yang tidak difahami oleh mereka. Interaksi ini juga merupakan interaksi yang kurang aktif kerana hanya melibatkan guru sahaja. Namun begitu, interaksi ini sangat penting bagi memastikan pelajar dapat menimba ilmu dan memahami sesuatu topik itu dengan baik.

            Seterusnya, interaksi dua hala pula melibatkan dua atau lebih individu dalam proses komunikasi. Interaksi ini melibatkan guru dengan pelajar dan antara pelajar sahaja. Interaksi ini berlaku apabila guru menggunakan pendekatan seperti mengadakan perbincangan berkumpulan, soal jawab, kertas kerja dan lakonan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini supaya mereka dapat saling bertukar pandangan dan melakukan perbincangan mengenai topik yang dipelajari itu. Pelajar juga dapat mengajukan soalan tentang topik yang tidak difahami kepada guru mereka. Hal ini menunjukkan interaksi dua hala dapat dilakukan secara aktif serta pelajar juga dapat memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih baik.

Selain itu, interaksi pelbagai hala merupakan interaksi yang melibatkan guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Dalam interaksi ini, guru akan menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti pendekatan, kumpulan, perbincangan, simulasi, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah, dan main peranan. Hal ini supaya dapat mewujudkan komunikasi secara aktif serta mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar.

Interaksi berkomputer pula bermaksud guru menggunakan alat bantu teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, guru menyampaikan maklumat tentang topik pelajaran di dalam kelas dengan menggunakan slaid, rakaman, pita video dan lain-lain lagi. Hal ini supaya dapat memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran . Di samping itu juga, dapat menarik perhatian dan menanam minat pelajar dalam menuntut ilmu tentang sesuatu subjek. Hal ini demikian  kerana interaksi ini dapat dilakukan dengan lebih kreatif dengan menggunakan bantuan teknologi yang ada yang dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan.


NOTA SEPANJANG KULIAH

1.  SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

3 Teori utama sosiologi :

i. Teori Fungsionalisme

a. Mengkaji perwatakan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.

b. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri.

c. Struktur sosial akan melancarkan keharmonian dan perjalanan masyarakat.

 

ii. Teori konflik

a. Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat.

b. Berlaku konflik dalam struktur masyarakat dan mengkritik kapitalisme.

c. Mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian dalam kelompok sosial.

 

iii. Teori Interakionisme Simbolik

a. Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.

b. Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.

c. Merupakan perkara yang amat penting untuk kelangsungan hubungan manusia dengan dunia luar.


2. TOKOH DALAM BIDANG SOSIOLOGI.

i. Ibnu Khaldun (1332-1406)

a. Mengkaji perubahan dan fenomena sosial.

b. Mengkaji perkaitan antara institusi sosial.

c. Membezakan antara masyarakat primitif dan moden.

d. Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah.

e. Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirical.

 

ii. Auguste Comte (1798-1857)

a. Mengasas ilmu sosiologi barat.

b. Memperkenalkan hierarki sains dengan sosiologi iaitu kedudukan teratas (Ratu)

c. Penyelidikan dilakukan secara saintifik dan sistematik.

d. Perkembangan atau perubahan masyarakat berlaku secara revolusi.

e. Menekankan perkembangan pembahagaian tugas dalam masyarakat moden.

 

iii. Karl Marx (1818-1883)

a. Menganalisis hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah sosioal.

b. Perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi.

c. Mengkritik kapitalisme.

d. Merupakan pengasas teori konflik.

 

iv. Emile Durkheim (1858-1917)

a. Mengkaji manusia seperti benda (fungsionalisme).

b. Perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat.

c. Moraliti dalam masyarakat moden.

d. Anomie menyebabakan masyarakat moden memerlukan moral.

 

v. Max Weber (1864-1920)

a. Stratifikasi disebabakan oleh multidimensi berasaskan ekonomi, status dan kuasa.

b. Agama penting sebagai agen perubahan.

c. Rasionalisasi dalam masyarakat moden.

d. Perubahan sosial adalah akibat daripada idea dan nilai.

 

vi. George Herbert Mead (1863-1931)

a. Konsep simbol dan bahasa.

b. Interaksionisme simbolik iaitu simbol yang mempunyai makna.

c. Konsep iaitu kendiri, masyarakat dan minda.

d. Simbol iaitu perkataan, objek perlakuan dan bahasa.

e. Kendiri iaitu definisi untuk mengenali diri sendiri.

f. Pemikiran iaitu penghayatan dalam kendiri individu terhadap isyarat.


3. KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Autokratik

 Gaya kepimpinan jenis ini lebih mementingkan  kepada kehendak kerja dan menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugas mengikut arahan yang diberikan. Oleh itu, tiada hubungan atau mesra  terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan. Pemimpin jenis ini juga tidak suka menerima pendapat orang lain dan merupakan seorang yang tegas, pemarah dan sombong. Namun begitu, hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.

Demokratik

Gaya kepimpinan jenis ini lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Gaya kepimpinan demokratik merupakan gaya kepimpinan yang lebih berkesan berbanding dengan yang lain. Sikap kepimpinan ini lebih disenangi oleh orang bawahannya. Hal ini demikian kerana, apabila sedang melakukan perbincangan, pemimpin akan mendengar idea atau pendapat daripada mereka. Pemimpin jenis ini juga mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahannya. Pemimpin jenis ini akan selalu berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan mementingkan hubungan sesame dengan orang bawahannya.

Laissez-faire

Gaya kepimpinan jenis ini lebih bersifat bebas iaitu pemimpin menggunakan sedikit sekali kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengedalikan kerja mereka. Pemimpin seperti ini biasanya memberikan kebebasan kepada orang bawahannya untuk menetapkan dan mencapaikan matlamat mereka dengan tersendiri. Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak bersifat tegas.

Kontigensi

Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan merupakan gaya kepimpinan yang berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.

 

4. PENGURUSAN SUMBER

-Pengurusan sumber bermaksud mengurus sesuatu bahan yang digunakan dalam aktiviri p&p serta melibatkan cara mengurus, selok-belok kerja dan tanggungjawab penggurus melaksanakannya.

Jenis-jenis sumber :

1. Bahan bercetak

i. Bahan yang ada tulisan dan wujud secara fizikal.

ii. Boleh disentuh dan dibaca.

iii. Majalah, jurnal, suratkhabar dan sebagainya.

 

2. Bahan teknologi maklumat.

i. Paling utama digunakan masa kini.

ii. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan p&P.

iii. Powerpoint, pita rakaman dan sebagainya.

 

3. Bahan maujud

i. Bahan konkrit yang boleh disentuh.

ii. Komputer, alat tulis dan sebagainya.

 

Fungsi dan Peranan Pusat Sumber :

1.  Pusat kegiatan mengajar dan belajar.

2. Untuk mengisi masa lapang.

3. Pusat perkembangan idea dan kreativiti.

4. Pusat profesional.

 

5. PENGURUSAN TINGKAHLAKU DAN DISIPLIN

Jenis-jenis tingkahlaku :

1. Tingkah laku positif

-Merupakan tingkahlaku yang baik untuk perkembangan murid melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Tingkahlaku negatif

- Merupakan tingkahlaku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses p&p di dalam kelas.

Bentuk disiplin :

1. Disiplin asas

i. Melibatkan individu dalam masyarakat lebih besar.

ii. Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh institusi formal dan bukan formal untuk menjaga keharmonian hidup seharian.

 

2. Disiplin kendiri

i. Disiplin yang lahir dalam diri individu.

ii. Sifat empati, kesedaran moral dan fizik, agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat.

 

Teknik modifikasi tingkahlaku :

1. Peneguhan

i. Peneguhan positif menggalakkan peneguhan yang baik seperti memberi ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan.

ii. Peneguhan negatif adalah rangsangan yang tidak menyenangkan atau menyakitkan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

 

2. Dendaan

i. Proses untuk mengurangkan tingkahlaku yang diingini.

ii. Dendaan seperti amaran dan hukuman.

iii. Bertujuan untuk menghentikan tingkahlaku negatif.

 

3. Reverse Psychology

i. Memodifikasikan tingkahlaku negatif kepada positif.

ii. Tujuannya untuk menginsafkan murid agar mengurangkan sikap negatif dan memupuk sikap positif.

 

4. Pengasingan

i. Murid disuruh keluar dari bilik darjah.

ii. Atau dimasukkan ke kelas detensi untuk jalani hukuman.

 

Kepentingan mengurus dan tingkahlaku :

1. Melahirkan pelajar bersikap bertanggungjawab.

2. Mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam kelas.

3. Mengeratkan hubungan guru dan murid.

 




Comments

Popular posts from this blog

ENAWATIE RASTOM @ KING KONG (D20201093408)

MUHAMMAD YUSRI BINTI MUDA (D20201095203)