MUHAMMAD YUSRI BINTI MUDA (D20201095203)

 


1.O PENGENALAN

Bilik pembelajaran adalah tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, dan ianya adalah tempat terpenting di sekolah. Ia juga merupakan medan perang utama untuk kerjaya seseorang guru. Biasanya, bilik darjah adalah bilik di sekolah di mana sekumpulan pelajar menghadiri kelas atau belajar subjek pelajaran yang diajar oleh seseorang guru. Untuk memahami konsep ini dengan lebih lanjut, bilik darjah bukan sahaja ruang untuk proses pengajaran, tetapi juga untuk proses pembelajaran antara pelajar dengan pelajar dan guru yang sama- sama berinteraksi antara satu sama lain.

     Pengurusan bilik darjah menurut Mok Soong Sang (2011), merujuk kepada satu proses pembentukan satu alam pembelajaran yang kondusif untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta usaha-usaha untuk mengekalkannya . Suasana pembelajaran yang kondusif sangat penting agar objektif PdP dapat dicapai dan murid berasa selesa dan bermotivasi untuk belajar. Menurut Bosch (2006) pula, pengurusan bilik darjah merujuk kepada bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling bekerjasama dan bagaimana PdP berlaku. Manakala, menurut Lemlech (1998), pengurusan bilik pembelajaran adalah orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Dalam konteks Malaysia, pengurusan  bilik  darjah  guru  yang berkesan amat diperlukan agar murid dapat mencapai enam aspirasi abad ke-21 yang diharapkan iaitu berpengetahuan,  kemahiran  berfikir,  kemahiran  memimpin,  kemahiran  dwibahasa,  memiliki  etika  dan kerohanian, dan beridentiti nasional mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, kita dapat simpulkan kegagalan guru dalam mengurus bilik darjahnya boleh dianggap sesuatu perkara yang serius. Keadaan bilik pembelajaran akan mempengaruhi emosi dan prestasi murid di dalam kelas. Hal ini kerana, murid akan banyak menghabiskan masanya berada di dalam sekolah tersebut. Jadi, guru ataupun pihak yang bertanggungjawab perlulah menjadi lebih kreatif dalam melaksanakan PdP supaya murid akan lebih faham dan dapat menguasai subjek yang diajar dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

ENAWATIE RASTOM @ KING KONG (D20201093408)