ENAWATIE RASTOM @ KING KONG (D20201093408)

 


 4.0 IKLIM BILIK DARJAH

Iklim bilik pembelajaran atau bilik darjah merupakan antara faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran. Iklim bilik darjah ialah persekitaran bilik darjah tersebut. Suasana di dalam bilik darjah sangat penting kerana ia memberikan pengaruh yang cukup kuat terutamanya kepada guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana bilik darjah yang kondusif juga penting bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Suasana bilik darjah dapat dibahagikan kepada tiga iaitu suasana fizikal, suasana sosial dan suasana emosi.                  

            Suasana fizikal melibatkan unsur fizikal bilik darjah seperti kerusi, meja, papan hitam, sudut bacaan dan sebagainya. Guru perlu memastikan sebarang unsur fizikal ini tidak mengganggu atau menghalang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain daripada itu, guru juga perlu memastikan unsur fizikal ini disusun dengan efektif dan kreatif. Sebagai contohnya, dalam sesebuah kelas tidak boleh diduduki dengan jumlah pelajar yang terlalu ramai. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan guru kurang memberi fokus kepada pelajar dan sukar untuk mengawal kelas. Oleh sebab itu, penting bagi seorang guru untuk memastikan susunan meja dan kerusi itu teratur supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

            Suasana sosial pula melibatkan interaksi antara guru dengan pelajar. Guru perlu memastikan hubungan pelajar di dalam bilik darjah berada dalam keadaan baik agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti buli di dalam bilik darjah. Sekiranya perkara ini berlaku, maka pelajar tersebut pasti akan tertekan dan mula mengasingkan diri daripada rakan-rakan yang lain. Guru perlu bijak dalam menjaga hubungan antara pelajar supaya keadaan di bilik darjah tidak tegang. Oleh sebab itu, guru perlu mencari alternatif lain untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sebagai contohnya, semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru menyelitkan permainan yang berkaitan dengan topik yang diajar supaya pelajar tidak terlalu bosan dan secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang baik.

            Suasana yang seterusnya ialah suasana emosi. Suasana ini adalah lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial. Hal ini kerana suasana emosi memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan keadaan yang ceria dan tidak membosankan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam menjamin suasana emosi di dalam kelas iaitu suara, kelucuan, penggunaan pujian, kemesraan, stail, kawalan, sikap dan ekspektasi bilik darjah serta kepimpinan dan kaedah mengajar. Personaliti seorang guru semasa mengajar sangat penting kerana apabila guru itu terlalu serius pasti pelajar kurang senang dan mula merasakan kaedah pengajaran yang disampaikan tidak dapat diterima oleh pelajar itu sendiri. Hal ini akan menyebabkan pelajar kurang minat untuk belajar subjek tersebut. Oleh sebab itu, guru perlu bijak mengatur emosi dan menarik minat pelajar untuk tetap fokus. 

 

NOTA SEPANJANG KULIAH

1. ASAS TEORI SOSIOLOGI

> Sosiologi: Teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objektif dan subjek dalam kajian.

> Terdapat 3 teori utama:

-Teori Fungsionalisme = Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.

-Teori Konflik = Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat.

-Teori Interaksionalisme Simbolik = Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.

 

2. TOKOH DALAM BIDANG SOSIOLOGI

i. Ibnu Khaldun (1332-1406)

a) Mengkaji perubahan dan fenomena sosial.

b) Mengkaji perkaitan antara institusi sosial.

c) Membezakan antara masyarakat primitif dan moden.

 

ii. Auguste Comte (1798-1857)

a) Mengasaskan ilmu sosiologi barat.

b) Memperkenalkan hierarki sains dengan sosiologi kedudukan teratas.

c) Membahagikan masyarakat kepada statik dan dinamik.

 

iii. Karl Marx (1818-1883)

a) Menentang sistem kapitalisme.

b) Pengasas kepada teori konflik.

c) Mengatakan bahawa perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi.

 

iv. Emile Durkheim (1858-1917)

a) Mengkaji manusia seperti kaji benda (fungsionalisme).

b) Perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat.

c) Moraliti dalam masyarakat moden.

 

v. Max Weber (1864-1920)

a) Agama penting sebagai agen perubahan.

b) Perubahan sosial adalah akibat daripada idea dan nilai.

c) Kajian sosial: Manusia perlu mengambil kira tentang perilaku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal).

 

3. SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

>Persekitaran dapat dibahagikan kepada dua iaitu fizikal (melibatkan keadaan bilik darjah) dan psikososial (melibatkan hubungan dengan persekitaran luar).

>Sekolah dan masyarakat sekeliling saling memerlukan antara satu sama lain. Sekolah memainkan peranan sebagai agen perubahan.

>Terdapat 7 tugas pentadbiran sekolah:        

1) Merancang (Planning)

2) Mengelola (Organizing)

3) Mengisi tenaga (Staffing)

4) Mengarah (Directing)

5) Menyelaras (Coordinating)

6) Melapor (Reporting)

7)Merangka belanjawan (Budgeting)

>Terdapat 2 ciri sekolah iaitu sekolah secara formal dan sekolah secara tidak formal.

 

4. ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

>Organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.

>Kepimpinan ialah kemampuan seseorang untuk mempengaruhi individu lain supaya melakukan sesuatu yang diinginkan oleh individu. Selain itu, kepimpinan juga bermaksud satu proses yang dilakukan oleh seseorang pengurus untuk mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat.

>Terdapat 4 jenis gaya kepimpinan.

1) Autokratik

i. Bersifat kuku besi/tanpa soal.

ii. Bersifat menunggu arahan.

iii. Bergantung pada ganjaran.

2) Demokratik

i. Pemimpin yang mengalakkan individu untuk menyertai dalam suatu perbincangan.

ii. Mementingkan keputusan bersama.

iii. Mengambil kira semua pandangan majority

3) Laissez-faire

i. Tidak menetapkan matlamat kumpulan.

ii. Banyak memberikan kebebasan.

iii. Membiarkan orang bawahan membuat keputusan.

4) Kontigensi

i. Bergantung kepada situasi serta persekitaran dalaman dan luaran yang dihadapi oleh organisasi.

 

5. PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN MURID SEKOLAH

>Terdapat dua jenis tingkah laku iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

-Tingkah laku positif – baik untuk perkembangan seperti sikap ingin tahu, cepat belajar, tingkah laku pintar cerdas (aktif) dan tingkah laku praaktif (sentiasa menunjukkan kemajuan).

-Tingkah laku negatif – memberi masalah, menganggu proses PdP, tingkah laku menghalang, tingkah laku antisosial (membahayakan diri sendiri. Contoh: Permusuhan.)

>Faktor masalah tingkah laku adalah disebabkan oleh faktor persekitaran, budaya dan agama.

>Teknik modifikasi tingkah laku:

i. Peneguhan sama ada positif atau negatif.

ii. Denda dan Peneguhan.

iii. Reverse Psychology

iv. Token Economy

>Tatacara menangani masalah disiplin:

i. Menerima aduan salah laku.

ii. Membuat siasatan ke atas aduan tersebut.

iii. Hukuman.

 >Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1968.

“Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar.”

 

6. PENGURUSAN MURID

> Komponen dalam pengurusan murid:

i. Urus Rekod

-Secara dalam talian. Contoh: APDM & SSDM

-Secara manual. Contoh: merekod kedatangan pelajar untuk mengesan pelajar yang tidak datang ke sekolah atau ponteng.

 

ii. Kesediaan Murid.

>Kesedian belajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal.

-Kesediaan kognitif.

-Kesediaan afektif.

-Kesediaan psikomotor.

 

>Motivasi Murid

i. Teknik Intrinsik

-Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran.

-Wujud secara semula jadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.

ii. Teknik Ekstrinsik

-Memberikan ganjaran.

-Wujud daripada ransangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.

 

 7. PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

1) Dimensi pengurusan pelbagai budaya.      

i.Penyatuan kandungan.

ii.Proses pembinaan pengetahuan

iii. Pedagogi ekuiti

iv. Pengurangan prasangka

v. Budaya dan struktur sosial sekolah yang memperkasakan.

 

2)Kepentingan memahami pendidikan pengurusan pelbagai budaya bagi guru.

i. Mempupuk guru untuk berfikir lebih kreatif dan kritis

ii. Guru lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid.

iii. Memupuk persefahaman yang utuh dalam kalangan guru dan pelajar.

 

3) Usaha dalam pengurusan pelbagai budaya.

i. Usaha dalam bilik darjah: Susun atur kedudukan dan pembahagian kumpulan subjek.

ii. Usaha dalam luar bilik darjah: Pembahagian dalam kelab, aktiviti kokurikulum dan program kaunseling.

 

8. PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH.

>Menurut Lee Shok Mee, alam pembelajaran bermaksud keadaan dan suasana belajar yang meransang minat kanak-kanak dalam mencapai perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

>Antara perancangan yang dilakukan ialah sebuah perancangan teliti dan komprehensif, memenuhi masa yang diperuntukkan dan sediakan bahan-bahan pengajaran yang sesuai.

>Komponen PdP untuk merangka pengajaran ialah menentukan objektif pengajaran, strategi pengajaran yang sesuai dan kepelbagaian media dan bahan pengajaran.

>Terdapat 3 perspektif iaitu guru, murid dan pentadbir.

>Objektif implisit: melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami dan mengetahui.

>Objektif eksplisit: melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menjelaskan dan memberi contoh.

>Proses PdP: Set induksi, penyampaian isi dan sesi penutup.

>Perancangan dan penyediaan sebelum mengajar: BBIM, tempat/lokasi yang sesuai dan kemahiran dalam menguasai topik dalam mata pelajaran.

 

9.  PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Fasa 1: Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar.

Fasa 2: Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan.

Fasa 3: Proses mengenali pelajar.

Fasa 4: Proses membimbing pelajar.

Fasa 5: Analisis penilian.

>Kepentingan bimbingan dan penasihatan dalam kalangan pelajar.

i. Menyelesaikan konflik yang berlaku kepada individu.

ii. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat keputusan.

iii. Dapat membantu pelajar membuat persediaan dan pemilihan kerjaya.

iv. Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.

>Kemahiran asas bimbingan dan penasihatan.

i. Kemahiran melayan dan mendengar.

ii. Kemahiran komunikasi.

>Etika dalam membimbing dan menasihati pelajar.

a) Guru tidak mengambil tugas kaunselor.

b) Menjada kerahsiaan murid.

c) Memahami setiap murid itu berbeza dan unik

d) Bersifat terbuka dan tidak menghukum.

 

10. PENGURUSAN BILIK DARJAH

> Fungsi KPM: Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti dan membangun potensi individu yang memenuhi aspirasi negara.

> Pengurusan bilik darjah ialah proses yang memerlukan guru untuk mengurus bilik darjah.

> Peranan guru:

a) Penyampai ilmu kepada pelajar yang berjuang dalam medan ilmu.

b) Dapatkan kerjasama daripada pelajar.

c) Memastikan setiap rutin bilik darjah berjalan dengan lancar.

> Kemahiran mengurus bilik darjah:

a) Merancang sesuatu sebelum kelas bermula.

b) Kemahiran mengelola

c) Kemahiran membuat penilaian dan refleksi.

> Strategi menangani masalah pengurusan bilik darjah:

a) Sentiasa bersikap adil.

b) Menambah keselesaan di dalam bilik darjah.

c) Beri motivasi atau memotivasikan pelajar.

> Kepentingan pengurusan bilik darjah:

a) Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.

b) Mengurangkan masalah disiplin.

> Cabaran:

a) Menyebabkan gangguan kepada pelajar lain.

b) Kekurangan bahan teknologi.

c) Kekurangan teknologi.

>Pengurusan bilik darjah yang berkesan:

a) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka.

b) Menggalakkan tingkah laku yang sesuai dan berkendiri positif.

c) Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

d)Sosioemosi yang selesai akan wujud.

>Pengurusan bilik darjah yang lemah:

a) Guru tidak dapat menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum.

b) Ketidakpekaan guru dengan keadaan murid.

c) Faktor teknikal yang tidak memuaskan.

Comments

Popular posts from this blog

MUHAMMAD YUSRI BINTI MUDA (D20201095203)