MUHAMMAD YUSRI BINTI MUDA (D20201095203)
1.O PENGENALAN Bilik pembelajaran adalah tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, dan ianya adalah tempat terpenting di sekolah. Ia juga merupakan medan perang utama untuk kerjaya seseorang guru. Biasanya, bilik darjah adalah bilik di sekolah di mana sekumpulan pelajar menghadiri kelas atau belajar subjek pelajaran yang diajar oleh seseorang guru. Untuk memahami konsep ini dengan lebih lanjut, bilik darjah bukan sahaja ruang untuk proses pengajaran, tetapi juga untuk proses pembelajaran antara pelajar dengan pelajar dan guru yang sama- sama berinteraksi antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah menurut Mok Soong Sang (2011), merujuk kepada satu proses pembentukan satu alam pembelajaran yang kondusif untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta usaha-usaha untuk mengekalkannya . Suasana pembelajaran yang kondusif sangat penting agar objektif PdP dapat dicapai dan murid berasa selesa dan bermotivasi untuk belajar. Menurut Bosch (2006) pul